Lambang Sekolah Rendah Islam Nusa An Najah SrinaNusa An Najah Daftar sekarang
Bangunan Sekolah Rendah Islam Nusa An Najah di Setia Alam

النَّجَاح فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَة

Sekolah Rendah Islam Nusa An Najah

Sekolah rendah Islam di Setia Alam, Shah Alam. Kami membina generasi yang faham Islam, berfikir dengan kritis, dan berani membawa perubahan. An Islamic primary school in Setia Alam, Shah Alam, raising children who understand their faith, think critically, and have the courage to bring change.

Ilmu

Kefahaman berteraskan al-Quran dan as-Sunnah

Ihsan

Adab dan akhlak dalam setiap perbuatan

Amal

Ilmu yang diterjemah menjadi amalan harian

Tentang kami

Ditubuhkan pada Mac 2023

Sekolah Rendah Islam Nusa An Najah merupakan sebuah institusi pendidikan yang mengiktiraf kepentingan pendekatan inovatif dalam pendidikan kanak-kanak. Pengasas kami yakin dengan keberkesanan kaedah pengajaran secara kreatif.

Sejajar dengan nama kami, Nusa An Najah, yang bermaksud “Negara Kejayaan”, misi dan visi kami tertumpu kepada menanamkan kefahaman yang mendalam tentang Islam, al-Quran dan as-Sunnah dalam sanubari pelajar kami. Matlamat utama kami adalah memupuk generasi ummah Muhammad yang soleh, yang memiliki keberanian dan kualiti untuk melakukan perubahan positif.

Kami menyediakan persekitaran yang luas dan terang dengan susun atur bilik darjah moden. Turut disediakan sudut perbincangan, permainan dan bacaan yang dirancang dengan teliti, yang mementingkan keselesaan pelajar.

Kami komited untuk mencapai An Najah, puncak kejayaan, melalui kepakaran pasukan kami yang berpengalaman dan misi yang jelas. Kami menjemput anda menyertai kami dalam membangunkan anak-anak kita, sambil kami berusaha untuk kejayaan deen dan nusa.

Established in March 2023, Sekolah Rendah Islam Nusa An Najah is an educational institution built on innovative, creative approaches to teaching children. Our name means “Nation of Success”, and our work centres on instilling a deep understanding of Islam, the Quran and the Sunnah. We teach in spacious, well-lit classrooms with dedicated discussion, play and reading corners, and we invite you to join us in raising children who will succeed in both faith and nation.

Pelajar berdoa bersama di dalam kelas
Adab dan ibadah diajar sebagai amalan harian, bukan sekadar mata pelajaran.
Ruang legar terbuka di tengah bangunan sekolah
Ruang legar terbuka di tengah sekolah, digunakan untuk perhimpunan dan aktiviti luar.

Misi dan visi

Misi kami

  • Memupuk ilmu dan membina kefahaman tentang konsep Islam sebagai aqidah dan cara hidup berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
    To cultivate knowledge and develop an understanding of Islam as a belief and a way of life, based on the Quran and Sunnah.
  • Menggalakkan pemikiran kritis serta menyediakan ruang untuk mempelajari dan mengamalkan akhlak yang baik melalui proses dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
    Encouraging critical thinking and providing opportunities to learn and practise good conduct through a conducive learning process and environment.

Visi kami

  • Melahirkan generasi ummah Muhammad yang soleh, berilmu dan beradab.
    To raise a righteous generation of the ummah of Muhammad — knowledgeable and well-mannered.
  • Membina pelajar yang berani dan berkemampuan membawa perubahan positif kepada deen dan nusa.
    To build pupils with the courage and the capability to bring positive change to their faith and their nation.

Pendekatan dan kaedah pembelajaran

Cara kami mengajar

Pembelajaran aktif

Pelajar terlibat secara langsung, bukan sekadar mendengar.
Active learning

Berasaskan projek

Hasil kerja sebenar yang dibina dan dibentangkan sendiri.
Project based learning

Berasaskan siasatan

Bermula dengan soalan, diikuti penerokaan dan jawapan.
Inquiry based learning

Berasaskan konsep

Fahami prinsipnya dahulu sebelum menghafal fakta.
Conceptual based learning

Pelajar membina model semasa aktiviti berasaskan projek Dua pelajar meneliti lembaran kerja bergambar bersama Bilik darjah dengan susun atur moden dan sudut bacaan Pintu masuk utama sekolah dengan papan maklumat dan mural geometri

Program

Apa yang kami tawarkan

KAFA

Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain mengikut sukatan, diajar oleh guru yang berpengalaman.
Islamic religious studies

Kelas transit

Penjagaan dan bimbingan pelajar di luar waktu persekolahan, termasuk kerja rumah dan solat.
After-school transit class

Pengangkutan

Perkhidmatan pengangkutan pelajar di sekitar Setia Alam dan kawasan berhampiran.
School transport

Pendaftaran

Daftar sekarang

Isikan butiran anak anda dan hantar kepada kami melalui WhatsApp atau e-mel. Pihak sekolah akan menghubungi anda untuk temujanji dan maklumat yuran.

Fill in your child’s details and send them to us by WhatsApp or email. We will contact you to arrange an appointment and share fee information.

+6018-979 3310
nusaannajah@gmail.com

Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 7:00 pagi – 6:30 petang.

Butiran ini dihantar terus dari telefon atau e-mel anda sendiri. Tiada maklumat disimpan di laman web ini.

Lawatan sekolah

Datang lihat sendiri

Kami mengalu-alukan ibu bapa untuk melawat sekolah pada waktu persekolahan, melihat bilik darjah dan berbual dengan guru. Hubungi kami untuk menetapkan tarikh.

Parents are welcome to visit during school hours, see the classrooms and talk to the teachers. Contact us to set a date.

Lokasi kami

Jalan Setia Wawasan U13/31,
Setia Alam, 40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Buka dalam Google Maps